Friday 13 January 2012

Saya rasa sangat disayangi.


Saya rasa sangat disayangi oke titik! Tajuk entry kite pada hari ni secara indirect nye ade relationship dengan point sebenar entry kite ye..

Hari nie lin nak kongsikan bagaimana caranya nak mengambil hati keluarga si dia.

Jangan  takut
Kebanyakan  sudah ketakutan sebelum bertemu keluarga si dia. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfikiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

@>- lin pon waktu 1st time jumpe, slim kejap perut.. hilang semua lemak.. sebab nervous.. tapi dah jumpe tu.. oke.. no problem.. they are all very friendly.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

@>- i have no problem since his mother likes to pot pet pot pet like him.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

@>- i love to be my self.. lalalallalalaaa

Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

@>- also don’t forget to praise his son also.. mane tumpah nye kuah kalo tak ke nasi kan.. mesti die bangga dengan anak die.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

@>- mak si dia sangat suke untuk suruh lin rase masakan die.. sebab die cakap lin pandai rase cukup garam gula tak..  ^.^  wink2..

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai.

@>- they are all called me as artis.. xtau la tak kena tang mane.. tapi they are really love me... lagi sekali  ^.^   wink2..

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

@>- mestilah lin sopan kan... sopan santun itu budaya kita..

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

@>- i have no problem with this.. one more  ^.^  wink2
 Pendamkan saje rasa kecewa atau amarah jika tidak berpuas hati dengan keluarga si dia.
Bersangka baik dengan mentua dan berikan respons yang positif walaupun berbeza pendapat dengan mentua.
Menziarah keluarga mentua jika ada masa. Walau sesibuk manapun korang, luangkan sedikit masa untuk menjenguk keluarga mentua atau ipar-duai demi mengeratkan silaturrahim. Anggap mereka cam keluarga you all sendiri.
Layan dan jaga hati mentua dengan baik. Jangan bercakap kasar atau menyinggung hati mereka kerana berkat dan doa mereka akan menjamin kebahagiaan rumahtangga you all kelak.
Dan yang paling penting, elakkan sebarang pergaduhan dengan mentua. Pergaduhan dengan keluarga mentua hanya akan berakhir dengan pertengkaran korang laki bini.
His mother always ask me  back to his home.. rindu lin la tu kan..  lalalallalalallllalalalala
My umi also love him.. doakan yang terbaek untuk kami.. may ALLAH bless us.. amin..

 auuuummmmmm    ^-^  ~~wink wink~~
his mom..

No comments:

Post a Comment